Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO A3x kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 399 sahaja

OPPO A3x kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 399 sahaja 1

OPPO A3x kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 399 sahaja 2

OPPO Malaysia telah mengumumkan pelancaran telefon pintar terbaru didalam kelas entry level syarikat ini iaitu OPPO A3x yang akan ditawarkan pada harga serendah dari RM 399 sahaja.

OPPO A3x adalah sebuah telefon pintar mempunyai rekaan yang tahan lasak dimana ianya memiliki penarafan gred ketenteraan dan IP54. Ianya ditawarkan dua warna yang sangat menarik iaitu Nebula Red dan Ocean Blue.

Selain itu, OPPO A3x memilik skrin paparan LCD 90Hz berukuran 6.67-inci dengan resolusi HD+ dan kecerahan maksima sehingga 1,000 nits. Ianya juga dikuasakan cip Snapdragon 6s Gen 1 4G bersama 4GB atau 6GB RAM (sehingga 6GB RAM Expansion) dan storan dalaman sehingga 128GB.

OPPO A3x kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 399 sahaja 3

Beralih kepada kamera, OPPO A3x juga memiliki kamera utama 8MP bersama sensor flicker dan kamera selfie 5MP.

Seterusnya, A3x ini juga memiliki bateri 5,100mAh dengan pengecasan 45W, sesuatu yang mengejutkan pada peranti mesra poket seperti ini dan ianya juga dijamin akan mengekalkan sehingga 80% pengecasan walaupun selepas 4 tahun penggunaan.

Lebih lanjut, OPPO A3x juga memiliki penarafan 36-bulan Fluency, bicu audio 3.5mm dan OPPO Trinity Engine.

OPPO A3x kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 399 sahaja 4

Akhir sekali, OPPO A3x kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 499 bagi versi 4/128GB atau RM 599 bagi versi 6/128GB.  Dalam pada itu, versi 4/64GB dengan harga RM 399 akan ditawarkan mulai penghujung bulan ini.

Dapatkanya di Stor rasmi OPPO Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.