Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 13 Pro dan 13 Pro+ akan dilancarkan secara rasmi pada 30 Julai ini

realme 13 Pro dan 13 Pro+ akan dilancarkan secara rasmi pada 30 Julai ini 1

realme 13 Pro dan 13 Pro+ akan dilancarkan secara rasmi pada 30 Julai ini 2

realme telah mengesahkan bahawa realme 13 Pro dan realme 13 Pro+ akan dilancarkan secara rasmi pada 30 Julai ini di India.

Selain itu, realme juga telah mengesahkan bahawa realme 13 Pro dan 13 Pro+ akan menampilkan sensor Sony LYTIA 50MP. Walaupun belum mengesahkan secara spesifik tetapan kamera kedua-dua telefon pintar ini, realme telah mendedahkan bahawa 13 Pro+ akan menampilkan “sistem dwi-kamera utama ” yang terdiri daripada sensor utama 50MP dengan OIS dan unit telefoto periskop 50MP dengan zoom optik 3x.

Selain itu, realme juga telah mengesahkan bahawa sensor 50MP pada realme 13 Pro+ telah menerima pensijilan TUV Rheinland High Resolution Camera pertama didunia.

Dalam pada itu, realme 13 Pro Series ini direka bentuk dengan kerjasama Muzium Seni Halus (MFA), Boston. Ia akan tersedia dalam warna Emerald Green, Monet Gold dan Monet Purple.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.