Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

CMF Phone 1 kini rasmi dengan cip Dimensity 7300 dan panel belakang boleh tanggal – RM 1,099

CMF Phone 1 kini rasmi dengan cip Dimensity 7300 dan panel belakang boleh tanggal - RM 1,099 1

CMF Phone 1 kini rasmi dengan cip Dimensity 7300 dan panel belakang boleh tanggal - RM 1,099 2Nothing secara rasminya telah mengumumkan telefon pintar pertama dibawah jenama CMF iaitu CMF Phone 1 yang telah disahkan akan ditawarkan di Malaysia mulai 15 Julai ini.

CMF Phone 1 kini rasmi dengan cip Dimensity 7300 dan panel belakang boleh tanggal - RM 1,099 3

CMF Phone 1 ini hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima mencecah 2,000nits. Ianya juga dilengkapi kamera selfie 16MP dan sensor capjari dalam skrin.

CMF Phone 1 kini rasmi dengan cip Dimensity 7300 dan panel belakang boleh tanggal - RM 1,099 4

Selain itu, CMF Phone 1 ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7300, 8GB RAM dan storan dalamn 256GB. Ianya juga hadir dengan Nothing OS 2.6 yang berasaskan Android 14 dan pengguna akan turut menerima 2 kemaskini Android dan 3 tahun kemaskini keselamatan.

CMF Phone 1 kini rasmi dengan cip Dimensity 7300 dan panel belakang boleh tanggal - RM 1,099 5

Pada bahagian belakang, CMF Phone 1 juga disertakan dengan satu sensor utama 50MP f/1.8 bersama sensor depth 2MP. Phone 1 juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W serta pengecasan berbalik 5W.

CMF Phone 1 kini rasmi dengan cip Dimensity 7300 dan panel belakang boleh tanggal - RM 1,099 6

Reka bentuk ialah segala-galanya pada CMF Phone 1 dan ianya juga hadir dengan titik pelekap, tempat anda melampirkan beberapa aksesori. Lebih baik lagi, panel belakang juga mudah diganti, jadi anda boleh menukar warna telefon anda atau mendapatkan yang baharu sekiranya berlaku kerosakan.

CMF Phone 1 kini rasmi dengan cip Dimensity 7300 dan panel belakang boleh tanggal - RM 1,099 7

Panel boleh tanggal ini juga memudahkan pembaikan lain, yang berpotensi meningkatkan jangka hayat telefon dan telefon pintar ini juga memiliki penarafan IPX2.

CMF Phone 1 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,099 iaitu bagi versi 8/256GB mulai 15 Julai ini di stor  Shopee CMF by Nothing Official Store dan Lazada CMF by Nothing Flagship Store

Berikut adalah harga aksesori CMF Phone 1 :

– Case (Black, Orange, Light Green, Blue) – RM 99

– Stand – RM 59

– Lanyard – RM 59

– Card Case – RM 59

CMF Watch Pro 2 dan CMF Buds Pro 2 turut dilancarkan – dari RM 299 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.