Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Selepas Pavilion Bukit Jalil, HONOR 200 Series Studio kini ke Pulau Pinang

Selepas Pavilion Bukit Jalil, HONOR 200 Series Studio kini ke Pulau Pinang 1

Acara sulung HONOR 200 Series Studio di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur minggu lalu telah menarik ramai pengunjung untuk alami sendiri Flagship Estetik AI HONOR ini.

Selepas Pavilion Bukit Jalil, HONOR 200 Series Studio kini ke Pulau Pinang 2

Orang ramai dilihat terujua untuk mencuba sendiri kehebatan HONOR 200 Pro untuk penggambaran profesional percuma dengan ramai membawa orang tersayang untuk mengabadikan memori indah bersama-sama. Gambar-gambar yang dihasilkan amat mengagumkan dan mencetus maklum balas yang amat memberangsangkan, membuktikan keupayaan telefon pintar tersebut dalam menghasilkan imej bertaraf studio.

Selepas Pavilion Bukit Jalil, HONOR 200 Series Studio kini ke Pulau Pinang 3

HONOR 200 Series Studio Akan Datang ke Pulau Pinang!

Peminat HONOR di Pulau Pinang bakal berpeluang mengalami sendiri keupayaan HONOR 200 Pro yang mengagumkan dan HONOR AI Portrait Engine yang canggih, di samping kamera berkuasa pada HONOR 200 Series Studio di Sunway Carnival Mall, Main Atrium, Aras Bawah (New Wing) mulai 10 hingga 14 Julai 2024.

Selepas Pavilion Bukit Jalil, HONOR 200 Series Studio kini ke Pulau Pinang 4

Orang ramai boleh mendaftar sekarang untuk penggambaran percuma dengan tiga tema utama untuk dipilih iaitu Self Portrait (Office Look, Vintage, Ethnic dan Light and Shadow), Couple (Be Cool dan Korean Style) serta Family. Slot adalah terhad dan pendaftaran boleh dilakukan di pautan bawah atau kunjungi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia.

Pautan untuk mendaftar: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_SunwayCarnivalMall

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.