Kempen promosi CMF Phone 1 mendedahkan proses pembuatan dan spesifikasi telefon ini
Pelancaran CMF Phone 1 akan berlangsung pada 8 Julai ini dan syarikat ini telah memulakan kempen promosi demgan pemasangan komponen oleh YouTuber terkenal seperti Zack dari JerryRigEverything
Kempen ini telah berlangsung selama 5 hari dan ini bermaksud kebanyakkan spesifikasi CMF Phone 1 telah didedahkan pada video kempen ini.
Antara spesifikasi CMF Phone 1 yang telah disahkan adalah skrin paparan Super AMOLED 120Hz yang mempunyai kadar segar semula adaptive, paparan 1 bilion warna dan kecerahan maksima 2,000 nits.
Selain itu, CMF Phone 1 juga dijangka akan dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7300, sehingga 16GB RAM, storan dalaman 128GB, bateri 5,000mAh, kamera selfie 16MP dan sensor utama 50MP bersama sendor depth.
Segala teka-teki mengenai CMF Phone 1 akan terjawab pada 8 Julai ini.
lihat video kempen promosi CMF Phone 1 di Instagram rasmi CMF by Nothing