realme C65 akan dilancarkan di Malaysia pada 4 Julai ini
realme telah mengesahkan bahawa telefon pintar realme C65 akan dilancarkan pada 4 Julai dengan rekaan seperti peranti kelas flagship.
realme C65 adalah telefon pintar kelas entry-level didalam realme C-series yang tampil dengan rekaan starlight design dan mempunyai ketebalan hanya 7.64mm yang menjadikanya antara telefon pintar ternipis dipasaran.
Selain itu, realme juga telah mengesahkan bahawa realme C65 akan hadir dengan teknologi pengecasan pantas 45W yang menawarkan 50% pengecasan didalam 30 minit bersama TÜV SÜD 48-month Fluency Certification.
Seterusnya, realme C65 juga akan membawakan ciri seperti Air Gestures, Rainwater Smart Touch, pensijilan TÜV Low Blue Light , Dynamic Button, 360° Antenna dan penarafan IP65.