realme GT 6T kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 7+ Gen 3 – RM 2,399
realme secara rasminya telah memperkenalkan realme GT 6T yang dikuasakan dengan cip Snapdragon 7+ Gen 3.
realme GT 6T adalah model pertama GT Series di pasaran antarabangsa selepas 2 tahun tidak dilancarkan.
Selain itu, realme GT 6T hadir dengan skrin paparan 10-bit AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 2780 x 1264 dan kadar segar semula 120Hz serta kecerahan maksima sehingga 6,000nits. Ianya juga dilapisi gelas keselamatan Gorilla Victus 2.
Bersama cipset terbaru Snapdragon ini, GT 6T tampil dengan 12GB RAM dan storan 256GB. realme juga menekankan kepada AI pada model ini dan ianya dikenali sebagai NextAI. Ciri NextAI yang disertakan adalah AI Smart Removal dan AI Night Vision Mode untuk video dan AI Smart Loop.
Beralih ke kamera, realme GT 6T memiliki sensor utama 50MP Sony LYT-600, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 32MP.
Seterusnya,realme GT 6T juga tampil dengan bateri 5,500mAh bersama pengecasan pantas 120W dan antaramuka realme UI 5.0 yang berasaskan Android 14 serta jaminan 4 kemaskini Android dan 4 kemaskini OS.
realme GT 6T kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,399 namun ianya akan ditawarkan pada harga promosi RM 1,999 dari 21 Jun sehingga 27 Jun 2024.