Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix NOTE 40 Series 5G Racing Edition akan dilancarkan di Malaysia pada 19 Jun ini

Infinix NOTE 40 Series 5G Racing Edition akan dilancarkan di Malaysia pada 19 Jun ini 1

Infinix NOTE 40 Series 5G Racing Edition akan dilancarkan di Malaysia pada 19 Jun ini 2

Infinix Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Infinix NOTE 40 Series 5G Racing Edition akan dilancarkan dipasaran tempatan pada 19 Jun ini.

Infinix NOTE 40 Series 5G Racing Edition ini dibangunkan dengan kerjasama BMW DesignWorks, telefon pintar ini mempunyai elemen UI Racing Edition dan latar belakang (wallpaper) yang diilhamkan oleh litar perlumbaan seperti garisan dinamik, simbol perlumbaan dan hiasan triwarna BMW Motorsport.

Selain itu, terdapat juga ikon biru-hitam-merah yang sinonim dengan BMW Motorsport pada bonggol kamera. Infinix NOTE 40 Series 5G Racing Edition menampilkan teknologi All-Round Fast Charge 2.0, mencerminkan kelajuan dan kecekapan kereta lumba berprestasi tinggi BMW.

Dalam pada itu, Infinix Note 40 Series 5G Racing Edition ini juga dikuasakan cipset MediaTek Dimensity 7020, skrin AMOLED 120Hz , sensor kamera utama 108MP dan  pembesar suara yang dikuasakan oleh JBL.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.