Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G kini ditawarkan pada harga lebih rendah – dari RM 899

Samsung Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G kini ditawarkan pada harga lebih rendah - dari RM 899 1

Samsung Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G kini ditawarkan pada harga lebih rendah - dari RM 899 2

Sempena sambutan hari Ibu Bapa yang bakal tiba, Samsung Malaysia telah mengumumkan promosi menarik bagi pembelian dua telefon pintar Galaxy A Series iaitu Galaxy A15 (LTE) dan Galaxy A25 5G.

Anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy A Series iaitu Galaxy A15 (LTE) dan Galaxy A25 5G dengan diskaun sehingga RM 200 bagi setiap model iaitu hanya RM 899 bagi Galaxy A15  dan RM 1,099 bagi Galaxy A25 5G mulai hari ini sehingga 17 Jun ini.

Kedua-dua model Galaxy A ini memiliki skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.5-inci demgan resolusi FHD+. Galaxy A15 memiliki panel yang menyokong kadar segar semula 90Hz bersama kecerahan 800 nits manakala Galaxy A25 5G disertakan dengan panel yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima 1,000nits.

Samsung Galaxy A-Series ini juga memiliki kamera selfie 13MP dan reka bentuk Key Island yang menampilkan bentuk cembung di sekeliling kekunci kuasa dan kelantangan.

Samsung Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G kini ditawarkan pada harga lebih rendah - dari RM 899 3

Selain itu, Galaxy A15 4G menampilkan cip Helio G99 bersama 8GB RAM dan 256GB storan dalaman. Galaxy A25 5G pula tampil dengan cip  Exynos 1280 bersama 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Pada bahagian belakang, Galaxy A15 tampil dengan sensor utama 50Mp f/1.8 bersama sensor ultrawide 5MP dan sensor makro 2MP. Galaxy A25 pula menampilkan penggunaan sensor utama 50MP dengan OIS, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Kesemua model juga membawakan antarmuka One UI 6.0 yang berasaskan Android 14 dan bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 25W.

Dapatkan Samsung Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G di stor rasmi Samsung Malaysia.

https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a15-black-256gb-sm-a155fzkixme/

https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a25-5g-yellow-256gb-sm-a256ezyhxme/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.