Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR acah pelancaran AI Aesthetic Flagship di Malaysia

HONOR acah pelancaran AI Aesthetic Flagship di Malaysia 1

HONOR acah pelancaran AI Aesthetic Flagship di Malaysia 2

HONOR telah mengesahkan secara rasmi bahawa ianya akan melancarkan telefon pintar AI Aesthetic Flagship di Malaysia tidak lama lagi.

Walaupun tidak mengesahkan mengenai model yang akan dilancarkan, adalah hampir pasti bahawa telefon pintar yang dimaksudkan adalah HONOR 200 Series yang telah dilancarkan di China baru-baru ini.

Selain itu, HONOR 200 Series adalah telefon pintar pertama syarikat ini untuk hadir dengan teknologi AI dan ianya akan digunakan pada bahagian fotografi.

HONOR acah pelancaran AI Aesthetic Flagship di Malaysia 3

Seterusnya, HONOR juga telah berkerjasama dengan studio fotografi Perancis iaitu Harcourt yang menawarkan mod potret Harcourt baharu yang menyerupai pencahayaan studio profesional dengan AI.

Dalam pada itu, HONOR 200 Series ini terdiri daripada dua model iaitu HONOR 200 dan HONOR 200 Pro yang mana kedua-dua model ini akan turut dilancarkan dipasaran global pada 12 Jun ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.