Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple Store pertama di Malaysia akan di buka pada 22 Jun ini

Apple secara rasminya telah mengumumkan pembukaan stor runcit pertama syarikat ini di Malaysia pada 22 Jun ini di The Exchange TRX mall.

Stor Apple ini menampilkan rekaan seni bina piramid putih bertingkat yang unik. Ini akan merupakan stor Apple keenam di Asia Tenggara, tiga di Singapura dan dua di Thailand.

Selain itu, Apple juga mempunyai halaman web khas untuk stor ini dan ianya turut berkongsi wallpaper khas untuk iPhone,iPad dan Mac sempena meraikan pembukaan stor pertama di Malaysia ini.

Keputusan Apple untuk menubuhkan kedai runcit di Malaysia adalah sebahagian daripada strateginya untuk mengembangkan perniagaan runcitnya di pasaran utama Asia, di mana ia menghadapi persaingan sengit daripada syarikat teknologi global yang lain.

Apple The Exchange TRX akan dibuka secara rasmi bermula pada jam 10 pagi waktu tempatan pada 22 Jun.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.