HONOR 200 dan HONOR 200 Pro kini rasmi – membawakan teknologi AI portrait Harcourt
HONOR secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru HONOR 200 Series di China yang mana ianya tampil didalam dua model iaitu HONOR 200 dan HONOR 200 Pro.
Kedua-dua model ini mempunyai banyak persamaan dari segi rekaan dan spesifikasi utama seperti skrin paparan OLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+, sensor utama 50MP, sensor portrait dan bateri 5,200mAh dengan pengecasan pantas 100W (berwayar).
Selain itu, HONOR 200 Pro hadir dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 bersama 12GB RAM atau 16GB RAM dan storan sehingga 1TB. HONOR 200 pula dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 3 dengan tiga pilihan RAM iaitu 8GB, 12GB dan 16GB serta storan dalaman sehingga 512GB.
Seterusnya, HONOR 200 Pro memiliki sensor utama 50MP H9000 yang merupakan sensor khas berasaskan sensor Omnivision OV50H yang merupakan sensor sama seperti pada Magic6 Pro manakala HONOR 200 pula tampil dengan sensor 50MP IMX906. kedua-dua sensor utama ini memiliki OIS.
Dalam pada itu, HONOR 200 Pro dan HONOR 200 juga menggunakan sensor telefoto 2.5x zoom beresolusi 50MP (IMX856) dengan aperture f/2.4 dan OIS yang mana HONOR juga telah berkerjasama dengan studio fotografi Perancis iaitu Harcourt yang menawarkan mod potret Harcourt baharu yang menyerupai pencahayaan studio profesional dengan AI.
Mod potret Harcourt telah dilatih dengan proses pembelajaran mesin potret Harcourt yang menetapkan tahap exposure, cahaya dan bayang-bayang serta peningkatan tona dengan cepat untuk menghasilkan gambar potret gred studio.
Selain itu, sensor ketiga dibahagian belakang adalab sensor ultrawide 12MP dengan pemfokusan auto dan mod makro 2.5cm serta kamera selfie 50MP.
Ciri lain HONOR 200 Series adalah Magic OS 8.0 yang berasaskan Android 14 dan cip Honor C1+ chip pada HONOR 200 Pro.
HONOR 200 Series akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran global pada 12 Jun ini di Perancis.