Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic6 Pro didalam warna Cloud Purple akan ditawarkan di Malaysia mulai 31 Mei ini

HONOR Malaysia telah mengumumkan bahawa telefon pintar flagship terbaru syarikat ini iaitu Magic6 Pro akan ditawarkan didalam warna Cloud Purple bermula dari 31 Mei ini.

Warna ini diinspirasikan dari keindahan matahari terbit di ufuk tasik dengan rona Lavender lembut dari pantulan air yang tenang dan awan yang berarak.

Selain warna edisi terhad ini, HONOR juga akan menawarkan kemas kini MagicOS baharu untuk HONOR Magic6 Pro tidak lama lagi. MagicOS akan membawakan aplikasi baharu yang tersedia di Magic Portal dan juga ciri-ciri baharu lain.

Dalam pada itu, kemaskini MagicOS 8.0 bagi HONOR Magic V2 dan HONOR Magic5 Pro sedang ditawarkan secara berperingkat dengan sesetengah pengguna telah menerima kemaskini perisian tersebut.

Selain itu, HONOR Magic6 Pro hadir dengan keupayaan kamera mengagumkan yang sesuai untuk Sportografi kerana kemampuan untuk menangkap aksi pantas.

HONOR Magic6 Pro dalam Cloud Purple akan ditawarkan pada harga yang sama seperti warna lain iaitu RM4,499 bermula 31 Mei ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.