Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kemaskini Android 15 Beta bagi Honor Magic6 Pro dan Magic V2 kini tersedia

HONOR telah mengumumkan penawaran Beta 1 Android 15 kini tersedia untuk pembangun HONOR sejak 10 Mei 2024 yang mana ianya kini telah ditawarkan pada Magic6 Pro dan HONOR Magic V2.

Program ini menawarkan akses awal kepada kemas kini Android 15 yang terkini untuk pembangun HONOR bagi membolehkan mereka menguji ciri-ciri baru dan meningkatkan keserasian aplikasi mereka pada telefon pintar flagship HONOR.

Menariknya, Android 15 akan datang yang ini membawakan pelbagai ciri baharu yang termasuk sekuriti dan privasi dipertingkat dan pengurusan sumber peranti dioptimumkan.

HONOR secara proaktif menyokong pembangun dalam menyesuaikan dan mengoptimumkan aplikasi mereka untuk sistem pengendalian Android dan memberikan pengalaman pengguna terbaik. Kini, Beta 1 Android 15 sudah tersedia untuk pembangun mempertingkatkan keserasian dan pembangunan aplikasi untuk versi Android seterusnya. HONOR akan terus menyokong pembangun dengan kemas kini seterusnya kepada Android 15 Beta tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web HONOR di https://www.honor.com/my/

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.