Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 14 Ultra turut dilancarkan secara rasmi di Malaysia – harga RM 5,199

Xiaomi 14 Ultra turut dilancarkan secara rasmi di Malaysia - harga RM 5,199 1

Xiaomi 14 Ultra turut dilancarkan secara rasmi di Malaysia - harga RM 5,199 2

Selain Xiaomi 14, Xiaomi 14 Ultra juga telah membuat penampilan rasmi di Malaysia sebagai model flagship premium daripada syarikat ini.

Xiaomi 14 Ultra adalah telefon pintar yang memfokuskan kepada kamera dan telefon pintar ini memiliki 4 sensor dibahagian belakang hasil kerjasama Leica dan dilapisi gelas yang dikenali sebagai lensa Leica Vario-Summicron 1:1.63/12-120 ASPH.

Xiaomi 14 Ultra turut dilancarkan secara rasmi di Malaysia - harga RM 5,199 3

Sensor utama Xiaomi 14 Ultra ini adalah sensor 1-inci 50MP LYT-900 dengan lensa 23mm yang memiliki pengstabilan OIS dan dua tahap aperture fizikal iaitu f/1.63 dan f/4.0 yang membolehkan penyerapan cahaya lebih baik iaitu sehingga 163% berbanding sensor utama Xiaomi 13 Ultra.

Selain itu, tiga sensor lain pada Xiaomi 14 Ultra ini adalah 50MP IMX858 iaitu satu lensa 75mm yang mempunyai aperture f/1.8 dengan OIS dan zoom 3.2x, satu lensa periskop 5x zoom dengan aperture f/2.5 dan sensor ultrawide 12mm f/1.8 dengan pemfokusan auto yang turut menyokong fotografi makro pada jarak 5cm.

Dalam pada itu, kamera selfie yang digunakan adalah sensor 32MP f/2.0.

Selain itu, kerjasama dengan Leica juga membawakan dua mod warna iaitu Leica Vibrant dan Leica Authentic, mod UltraRAW 50MP yang memberikan anda format fail 14-bit DNG dan mod fotografi jalanan yang dikenali sebagai Fast Shot yang membolehkan menetapkan jarak fokus dan mengambil masa didalam masa 0.8saat sahaja.

Dalam pada itu, Xiaomi 14 Ultra tampil dengan rekaan modul kamera seperti generasi sebelum ini namun ianya tidak terlalu terbonjol keluar.

Xiaomi 14 Ultra turut dilancarkan secara rasmi di Malaysia - harga RM 5,199 4

Seterusnya, Xiaomi 14 Ultra  turut memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.73-inci dengan resolusi QHD+, sokongan kadar segar semula adaptive 120Hz dan kecerahan maksima sehingga 3,000nits. Ianya adalah panel yang sedikit melekung pada sisi dan ianya diberi nama All Around Liquid display.

Selain itu, 14 Ultra turut dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman UFS 4.0 berkapasiti  513GB. Cip ini juga dipadankan bersama sistem penyejukan  Dual-Chanel IceLoop yang tampil dengan penggunaan ruang wap yang 3x ganda lebih besar.

Xiaomi 14 Ultra turut dilancarkan secara rasmi di Malaysia - harga RM 5,199 5

Selain itu, Xiaomi 14 Ultra juga memiliki bateri 5,300mAh bersama sokongan pengecasan pantas 90W bersama pengecasan tanpa wayar 80W dan ianya dikawal selia oleh cipset Surge P2 dan Surge G1 untuk ketahanan bateri yang lebih panjang. Semua model juga memiliki cip T1 untuk sambungan Wi-Fi, selular dan Bluetooth yang lebih baik.

Xiaomi 14 Ultra turut dilancarkan secara rasmi di Malaysia - harga RM 5,199 6

Xiaomi 14 Ultra akan ditawarkan didalam dua warna iaitu  Black dan White pada harga RM 5,199.

Xiaomi 14 Ultra turut dilancarkan secara rasmi di Malaysia - harga RM 5,199 7

Pra-tempahan akan bermula dari 8 hingga 21 Mac dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM 2,346 yang termasuk Kit fotografi Xiaomi 14  Ultra,  80W Adaptive Wireless Charging Stand , pelan storan Google One 100GB (6 bulan), lanjutan waranti  1+1 dan 1 1 Penggantian skrin percuma dalam tempoh 6 bulan pembelian.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.