Xiaomi 14 Ultra kini rasmi untuk pasaran global – Sistem Kamera Leica Generasi Baharu
Xiaomi secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flaghsip Xiaomi 14 Ultra bagi pasaran global selang beberapa hari sahaja selepas pelancaran di China.
Xiaomi 14 Ultra adalah telefon pintar yang memfokuskan kepada kamera dan telefon pintar ini memiliki 4 sensor dibahagian belakang hasil kerjasama Leica dan dilapisi gelas yang dikenali sebagai lensa Leica Vario-Summicron 1:1.63/12-120 ASPH.
Sensor utama Xiaomi 14 Ultra ini adalah sensor 1-inci 50MP LYT-900 dengan lensa 23mm yang memiliki pengstabilan OIS dan dua tahap aperture fizikal iaitu f/1.63 dan f/4.0 yang membolehkan penyerapan cahaya lebih baik iaitu sehingga 163% berbanding sensor utama Xiaomi 13 Ultra.
Selain itu, tiga sensor lain pada Xiaomi 14 Ultra ini adalah 50MP IMX858 iaitu satu lensa 75mm yang mempunyai aperture f/1.8 dengan OIS dan zoom 3.2x, satu lensa periskop 5x zoom dengan aperture f/2.5 dan sensor ultrawide 12mm f/1.8 dengan pemfokusan auto yang turut menyokong fotografi makro pada jarak 5cm.
Dalam pada itu, kamera selfie yang digunakan adalah sensor 32MP f/2.0.
Selain itu, kerjasama dengan Leica juga membawakan dua mod warna iaitu Leica Vibrant dan Leica Authentic, mod UltraRAW 50MP yang memberikan anda format fail 14-bit DNG dan mod fotografi jalanan yang dikenali sebagai Fast Shot yang membolehkan menetapkan jarak fokus dan mengambil masa didalam masa 0.8saat sahaja.
Dalam pada itu, Xiaomi 14 Ultra tampil dengan rekaan modul kamera seperti generasi sebelum ini namun ianya tidak terlalu terbonjol keluar.
Seterusnya, Xiaomi 14 Ultra turut memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.73-inci dengan resolusi QHD+, sokongan kadar segar semula adaptive 120Hz dan kecerahan maksima sehingga 3,000nits. Ianya adalah panel yang sedikit melekung pada sisi dan ianya diberi nama All Around Liquid display.
Selain itu, 14 Ultra turut dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman UFS 4.0 berkapasiti 513GB. Cip ini juga dipadankan bersama sistem penyejukan Dual-Chanel IceLoop yang tampil dengan penggunaan ruang wap yang 3x ganda lebih besar.
Selain itu, Xiaomi 14 Ultra juga memiliki bateri 5,300mAh bersama sokongan pengecasan pantas 90W bersama pengecasan tanpa wayar 80W dan ianya dikawal selia oleh cipset Surge P2 dan Surge G1 untuk ketahanan bateri yang lebih panjang. Semua model juga memiliki cip T1 untuk sambungan Wi-Fi, selular dan Bluetooth yang lebih baik.
Xiaomi 14 Ultra akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Black dan White pada harga €1,599 (RM 8,263)