MWC 2024 : Honor Magic6 Pro kini rasmi untuk pasaran global
Honor secara rasminya telah memperkenalkan Honor Magic6 Pro untuk pasaran global yang menampilkan sensor telefoto terbesar dipasaran bersama penambahbaikan yang menyeluruh berbanding generasi sebelum ini.
Honor Magic6 Pro hadir dengan skrin paparan Quad Curved OLED LTPO berukuran 6.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz, 4,320Hz PWM dimming, Dolby Vision dan kecerahan maksima sehingga 1,600nits atau 5,000nits bagi kandungan HDR. Ianya juga dilapisi gelas keselamatan NanoCrystal Shield.
Selain itu, Magic6 Pro juga memiliki sensor 50MP pada lubang punch-hole namun versi Pro disertakan dengan modul 3D untuk pengecaman wajah.
Dari segi dalaman, Magic6 Pro dijana cip Snapdragon 8 Gen 3, 12GB jenis LPDDR5x dan storan dalaman 512GB jenis UFS 4.0 serta antaramuka Magic UI 8.0 yang berasaskan Android 14.
Beralih ke bahagian kamera, Magic6 Pro tampil dengan reka bentuk modul kamera yang sedikit berbeza berbanding generasi sebelum ini dan ianya turut mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP68.
Selain itu, Honor Magic6 Pro dilengkapi tiga sensor iaitu sensor utama 50MP dengan aperture boleh ubah f/1.4-f/2.0 dan OIS, sensor ultrawide 50MP dan sensor telefoto persikop 180MP yang turut memiliki OIS dan menyokong sehingga 100x zoom digital.
Selain itu, Honor Magic6 Pro juga tampil dengan bateri silikon karbon generasi ke-2 berkapasiti 5,600mAh bersama sokongan pengecasan pantas 80W Honor SuperCharge dan pengecasan tanpa wayar 66W.
lain-lain ciri yang dimiliki Magic6 Pro adalah Wi-Fi 7, Bluetooth 5.3 dan IR blaster
Honor Magic6 Pro akan ditawarkan didalam warna black, green, blue, purple, dan white pada harga €1,299 (RM 6,713) di Eropah.
Honor Magic6 Pro dijangka akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.