Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S24 Ultra – Sistem Kamera Quad-Tele 200MP – fotografi dan video terbaik pada Galaxy S Series

Telefon pintar Galaxy S Series secara tradisinya akan tampil dengan sistem kamera yang terbaik dipasaran atau antara yang terbaik dan tahun ini Samsung telah membawa fotografi pada Galaxy S24 Ultra ke satu tahap yang lebih baik.

Sensor utama Samsung Galaxy S24 Ultra mungkin menampilkan resolusi yang sama iaitu 200MP yang sudah pun merupakan antara sensor dengan resolusi tertinggi dipasaran namun Samsung telah menambahbaik sensor ini dengan saiz piksel yang lebih besar iaitu 1.4 μm, ianya bersaiz 60% lebih besar berbanding dengan model sebelumnya.

Selain itu, ralat kabur pada Galaxy S24 Ultra juga telah dikurangkan dengan penstabilan imej optikal (OIS) yang lebih luas dan pembetulan gegaran tangan yang dipertingkatkan. 

Dalam pada itu, Samsung telah menambahbaik sensor telefoto periskop yang dimiliki Galaxy S24 Ultra dengan sensor 50MP yang memiliki teknologi Adaptive Pixel Sensor yang membolehkan anda menikmati prestasi zoom kualiti optik pada tahap pembesaran 2x, 3x, 5x hingga 10x.

Selain itu, Samsung juga telah menambahbaik keupayaan Nightography pada Galaxy S24 Ultra, foto dan video yang dirakam dengan Space Zoom kini kekal cerah dalam sebarang keadaan cahaya, termasuk juga rakaman yang telah dizoom.

Dalam pada itu, ciri yang paling mengagumkan kami adalah kemampuan Galaxy S24 Ultra untuk merakam video slow-motion pada resolusi 4K dengan kadar bingkai 120fps yang merupakan antara yang terbaik pernah kami lihat.

Kualiti video slow-motion adalah sangat baik dan ianya pasti akan berguna bagi anda ingin merakam detik-detik indah pada format gerak perlahan.

Akhir sekali, sistem kamera Galaxy S24 Ultra juga telah menerima penambahbaikan tambahan melalui Galaxy AI yang membolehkan pengguna melakukan pengeditan dengan lebih mudah melalui ciri Edit Suggestion, Generative Edit dan banyak lagi.

Di sini kami kongsikan gambar dan video dari Galaxy S24 Ultra untuk tatapan anda :

Dapatkan Samsung Galaxy S24 Ultra yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 6,299 di SINI

Baca Ulasan kami untuk membaca ulasan yang lebih mendalam tentang kamera Galaxy S24 Ultra

ULASAN : Samsung Galaxy S24 Ultra – Premium dengan Titanium, Pintar dengan Galaxy AI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.