Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Spesifikasi HUAWEI P70 Series mula tertiris – pelancaran bakal menyusul

Spesifikasi HUAWEI P70 Series mula tertiris - pelancaran bakal menyusul 1

Spesifikasi HUAWEI P70 Series mula tertiris - pelancaran bakal menyusul 2

Laporan terbaru daripada Digital Chat Station mendedahkan beberapa spesifikasi utama HUAWEI P70 series yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Memandangkan HUAWEI P60 Series telah diperkenalkan pada bulan Mac tahun lalu, kita boleh menjangkakan pelancaran P70 series didalam jangka masa dua bulan.

Antara spesifikasi P70 series yang didedahkan oleh Digital Chat Station adalah skrin paparan quad-curved OLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi 1.5K dan dua pembesar suara stereo dibahagian hadapan.

Pada bahagian kamera pula, P70 Series dilaporkan akan tampil didalam tetapan tri-kamera iaitu sensor utama OmniVision’s 50MP OV50H  dengan aperture boleh ubah. Sensor ultrawide juga dilaporkan telah ditambahbaik berbanding generasi sebelum iniZ

Seterusnya, P70 Series juga akan memiliki bateri berketumpatan tinggi iaitu 5,000mAh dan ianya akan turut dikuasakan cip Kirin 9010.

Akhir sekali, kita boleh menjangkakan lebih banyak maklumat mengenai P70 Series apabila kita semakin menghampiri pelancaran rasmi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.