Samsung Galaxy A15, Galaxy A15 5G dan Galaxy A25 5G kini rasmi di Malaysia – dari RM 999
Samsung Galaxy A-Series yang dilancarkan baru-baru ini iaitu Galaxy A15 4G, Galaxy A15 5G dan Galaxy A25 5G dimana Galaxy A15 4G dan Galaxy A15 5G kini telah mula ditawarkan di Malaysia.
Selain itu, kesemua model ini berkongsi spesifikasi asas kecuali cipset manakala Galaxy A25 5G menampilkan kamera yang lebih baik dan cip Exynos 1280.
Kesemua model Galaxy A yang diumumkan ini memiliki skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.5-inci demgan resolusi FHD+. Galaxy A15 memiliki panel yang menyokong kadar segar semula 90Hz bersama kecerahan 800 nits manakala Galaxy A25 disertakan dengan panel yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima 1,000nits.
Samsung Galaxy A-Series ini juga memiliki kamera selfie 13MP dan reka bentuk Key Island yang menampilkan bentuk cembung di sekeliling kekunci kuasa dan kelantangan.
Selain itu, Galaxy A15 4G menampilkan cip Helio G99 manakala Galaxy A15 5G disertakan dengan cip Dimensity 6100+, 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Galaxy A25 5G pula tampil dengan cip Exynos 1280 bersama 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.
Pada bahagian belakang, kedua-dua Galaxy A15 tampil dengan sensor utama 50Mp f/1.8 bersama sensor ultrawide 5MP dan sensor makro 2MP. Galaxy A25 pula menampilkan penggunaan sensor utama 50MP dengan OIS, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.
Kesemua model juga membawakan antarmuka One UI 6.0 yang berasaskan Android 14 dan bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 25W.
Galaxy A15 4G, Galaxy A15 5G dan Galaxy A25 5G akan ditawarkan didalam warna Yellow, Blue dan Black pada harga RM 999, RM 1,199 dan RM 1,299.