Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Premium Experience Store kini dibuka di Exchange TRX Mall

Samsung  Malaysia telah   mengumumkan pembukaan  stor Samsung Premium terbarun di pusat beli-belah Exchange TRX yang baru sahaja dibuka kepada umum.

Stor baharu ini dibuka pada masa yang tepat untuk seshak pemberian hadiah pada bulan Disember, menawarkan pelanggan pengalaman runcit yang mengasyikkan.

Direka bentuk sebagai penyelesaian runcit sehenti, Samsung Experience Store di Exchange TRX bertujuan untuk mentakrifkan semula cara pelanggan berinteraksi dengan teknologi.

Kedai itu akan mempamerkan barisan penuh produk tercanggih Samsung, termasuk telefon pintar, tablet, peranti wearable dan pelbagai aksesori mudah alih yang disepadukan dengan lancar ke dalam ekosistem Galaxy yang terkenal.

Sempena meraikan pembukaan stor premium ini , Samsung Electronics Malaysia melancarkan pelbagai promosi eksklusif dan hadiah menarik yang boleh didapati secara eksklusif di gedung Exchange TRX.

Bermula dari sekarang hingga 31 Disember 2023,  sebarang pembelian model Galaxy yang terpilih, pelanggan akan menerima beg hadiah edisi terhad Lilin+Co dan Lilin Wangi Mini 65g secara percuma.

Selain itu, pelanggan juga boleh menebus perkhidmatan membalut kulit telefon eksklusif dengan menebus baucar pada aplikasi Samsung Members dan mendapatkan setem Krismas untuk menambah keceriaan perayaan.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati promosi eksklusif ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.