Honor Magic6 Lite kini rasmi dengan cip Snapdragon 6 Gen 1
Honor secara rasminya telah menyenaraikan telefon pintar Honor Magic6 Lite yang akan ditawarkan dipasaran Eropah bermula 27 Disember ini.
Honor Magic6 Lite merupakan model pertama dan termurah didalam keluarga flagship Honor Magic6 Series yang masih belum mempunyai sebarang tarikh pelancaran setakat ini.
Selain itu, Honor Magic6 Lite ini tampil dengan skrin paparan 1.5K AMOLED berukuran 6.78-inci bersama kadar segar semula 120Hz . Ianya mempunyai ciri 1920Hz PWM Dimming, Dynamic Dimming dan Circadian Night Display.
Selain itu,Honor Magic6 Lite juga dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 1, 8GB RAM, 256GB storan dalaman dan MagicOS 7.2 yang berasaskan Android 13.
Seterusnya,Honor Magic6 Lite disertakan dengan sistem kamera utama 108MP, sensor ultrawide 5MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah sensor 16MP.
Dalam pada itu, telefon pintar Honor ini juga memiliki bateri 5,300mAh dengan pengecasan pantas 35W. Bateri ini juga mampu mengekalkan ketahanan bateri sehingga 80% walaupun selepas 1,000 kitaran pengecasan.
Honor Magic6 Lite akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu Midnight Black, Emerald Green dan Sunrise Orange. Harga jualan masih belum diumumkan.