Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 12 akan dilancarkan pada 4 Disember ini di China

OnePlus akan meraikan ulang tahun ke-10 penubuhan syarikat ini pada 4 Disember ianya juga akan menjadi tarikh dimana OnePlus 12 dilancarkan di pasaran China.

Max Jamboor telah mendedahkan bahawa OnePlus 12 Series akan dilancarkan pada 4 Disember sebelum disusuli dengan pelancaran global pada bulan Januari.

Selain itu, OnePlus 12 dijangka akan dilengkapi skrin paparan LTPO OLED berukuran 6.82-inci, sistem tri-kamera yang terdiri daripada sensor utama 48MP dual-layer Lytia 808 daripada Sony, sensor 3x telefoto 64 MP OmniVision OV64B dan sensor ultrawide 48MP.

Seterusnya, peranti flagship OnePlus ini akan dijana cip Snapdragon 8 Gen 3 dan sokongan pengecasan pantas 100W serta antarmuka ColorOS yang berasaskan Android 14.

sumber | sumber gambar : @onleaks

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.