Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate 60 Pro+ dinobatkan sebagai telefon pintar dengan kamera terbaik oleh DxOMark

HUAWEI Mate 60 Pro+ merupakan telefon premium flagship terbaru daripada syarikat ini dan DxOMark kini telah mengiktiraf telefon pintar ini sebagai peranti dengan teknologi kamera terbaik.

HUAWEI Mate 60 Pro+ telah merampas kedudukan pertama bagi telefon pintar dengan kamera terbaik oleh DxOMark dengan 157 mata iaitu 1 mata mengatasi HUAWEI P60 Pro (156 mata) dan 3 mata mengatasi iPhone 15 Pro Max (154 mata).

Seterusnya, HUAWEI Mate 60 Pro+ telah memperoleh mata tertinggi bagi foto iaitu 160 mata dengan prestasi bokeh juga yang terbaik dengan 80 mata.

Selain itu, rumusan DxOMark juga mendakwa bahawa Mate 60 Pro+ memiliki kamera ultrawide yang berkebolehan tinggi dan kemampuan zoom yang mampu memberikan anda hasil gambar berkualiti tinggi.

Buat masa ini, Mate 60 Pro+ hanya ditawarkan dipasaran China dan masih belum ada maklumat pelancaran antarabangsa bagi telefon pintar ini.

HUAWEI Mate 60 Pro+ kini rasmi dengan sistem kamera XMAGE lebih baik bersama cip Kirin 9000s

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.