Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S24 Series mungkin dilancarkan pada 17 Januari 2024

Samsung dilaporkan akan mengadakan majlis pelancaran Samsung Unpacked bagi Galaxy S24 Series pada pertengahan bulan Januari di Amerika Syarikat.

Laporan daripada Biz SBS yang berpangkalan di Korea Selatan menyebut bahawa 17 Januari adalah tarikh pelancaran manakala Ice Universe pula melaporkan Galaxy S24 Series akan dilancarkan pada 18 Januari 2024

Selain itu, Samsung juga berharap bahawa pelancaran Galaxy S24 Series lebih awal akan meningkatkan pendapatan syarikat itu selepas kekurangan jualan semikonduktor.

Dalam pada itu, Samsung juga akan memperkenalkan Galaxy S23 FE di Korea Selatan pada 1 Disember dan ianya merupakan telefon pintar Galaxy S FE pertama yang ditawarkan di pasaran tuan rumah sejak tahun 2020.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.