Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jualan Samsung Galaxy S23 Series adalah 22% lebih baik berbanding S22 Series

Jualan Samsung Galaxy S23 Series adalah 22% lebih baik berbanding S22 Series 1

Jualan Samsung Galaxy S23 Series adalah 22% lebih baik berbanding S22 Series 2

Samsung Galaxy S23 Series dilaporkan telah mencapai prestasi jualan yang sangat memberangsangkan dimana sebanyak 22.89 juta unit Galaxy S23 Series telah berjaya dijual didalam 8 bulan pertama.

Pencapaian ini adalah 22% lebih baik berbanding Galaxy S22 Series bagi tempoh yang sama. Pecahan model bagi Galaxy S23 Series adalah 10.69 juta unit Galaxy S23 Ultra, 8.09 juta unit Galaxy S23 dan 4.11 juta unit Galaxy S23+.

Walaubagaimanapun, Jualan Galaxy Z5 Series dilihat masih belum mengatasi jualan Galaxy Z4 Series bagi tempoh dua bulan pertama. Samsung telah menjual 3.51 juta unit Z5 Series iaitu 2.26 juta unit Galaxy Z Flip5 dan 1.24 juta unit Galaxy Z Fold5.

Dalam tempoh yang sama, Samsung Galaxy Z4 Series berjaya menjual 3.63 juta unit.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.