Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Buds FE akan ditawarkan mulai 10 Oktober – percuma Minion Bob Eco-Friends Cover

 

Samsung Galaxy FE Series pada tahun ini juga menampilkan fon telinga Samsung Galaxy Buds FE yang dilancarkan sebagai model earbuds termurah keluaran syarikat ini iaitu pada harga RM 399 sahaja.

Galaxy Buds FE tampil dengan ciri active noise cancelation (ANC), Bluetooth 5.2 bersama ciri auto switching dan sehingga 30 jam waktu penggunaan dengan bekas pengecasan ( sehingga 21 jam dengan ciri ANC).

Selain itu, earbuds Galaxy Buds FE ini juga menawarkan tiga sistem mikrofon, bersama-sama dengan Rangkaian Neutral Dalam (DNN) berkuasa AI, memisahkan suara anda daripada bunyi latar belakang yang tidak diingini untuk panggilan yang lebih jelas.

Galaxy Buds FE ini memiliki bateri 60mAh pada setiap earbuds yang memberikan sehingga 8 jam pendengaran atau 6 jam dengan mod ANC manakala bekas pengecasan memiliki bateri 479mAh yang memberikan 30 jam waktu pendengaran atau 21 jam dengan mod ANC.

Galaxy Buds FE akan ditawarkan mulai 10 Oktober ini pada RM399 in didalam dua warna iaitu Graphite dan White dimana setiap pembelian akan turut menerima Minion Bob Eco-Friends Cover bernilai RM169.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.