Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo Y17s kini rasmi di Malaysia pada harga RM 599

vivo secara rasminya telah mengesahkan bahawa vivo Y17s kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 599 sahaja.

vivo Y17s tampil dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.56-inci (HD+) dengan kadar segar 60Hz, cip Helio G85 bersama 6GB RAM dan dalaman 128GB. Ianya turut memiliki bateri 5,000mAh bersama pengecasan 15W (USB-C).

Selain itu, telefon pintar terbaru kelas entry-level vivo ini juga memiliki tetapan kamera belakang 50MP + 2MP dan kamera selfie 5MP. Telefon pintar ini juga memiliki sensor capjari pada butang sisi, Funtouch OS 13 berasaskan Android 13 dan rekaan 2.5D.

vivo Y17s kini ditawarkan di Malaysia didalam dua warna iaitu Glitter Purple dan Forest Green pada harga RM 599.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.