Ujian Jatuhan iPhone 15 Pro Max vs Galaxy S23 Ultra timbulkan persoalan mengenai ketahanan titanium
Apple iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max menjadi telefon pintar model pertama Apple untuk tampil dengan rangka dari titanium yang didakwa lebih kukuh dan ringan berbanding aluminium.
Sejak dilancarkan, YouTuber juga telah mengambil kesempatan untuk menguji sendiri ketahanan iPhone 15 Pro Max dan hasil yang diperoleh mungkin mengejutkan ramai pihak.
Didalam video ini, iPhone 15 Pro Max telah dibandingkan dengan pencabar terdekatnya iaitu Samsung Galaxy S23 dan kaca pada kedua-dua telefon pintar ini telah retak pada jatuhan pertama namun kerosakkan pada iPhone 15 Pro Max semakin teruk apabila ianya menjalani ujian jatuhan selanjutnya.
Tonton video ini dibawah :