Apple sahkan isu pemanasan pada iPhone 15 Series – bukan sebab rangka titanium
Generasi terbaru Apple iPhone telah mula dijual sejak beberapa minggu dan terdapat laporan bahawa segelintir pengguna iPhone 15 Series menjadi lebih panas berbanding kebiasaanya.
Masalah ini nampaknya telah disahkan sendiri oleh Apple kepada Forbes dan Apple berkata masalah pemanasan ini berlaku kerana iPhone baharu anda sedang melalui proses tetapan dan ‘restore’ yang menyebabkan iPhone ini beroperasi sepenuhnya dilatar belakang.
Selain itu, Apple juga berkata bahawa ianya telah mengesan pepijat pada iOS 17 yang menyebabkan pemanasan tinggi dan satu kemaskini baharu akan dihantar kepada pengguna didalam masa terdekat.
Dalam pada itu, isu pemanasan ini juga dikaitkan dengan penggunaan rangka titanium namun ianya tidak dilihat sebagai punca kerana terdapat juga laporan bahawa iPhone 15 dan iPhone 15 Plus yang menggunakan rangka aluminium juga mengalami masalah yang sama.