Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Buds T300 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 199

realme Buds T300

Selain realme C51, realme juga telah mengumumkan penawaran realme Buds T300 di Malaysia pada harga RM 199.

realme Buds T300 memiliki pemacu bass dinamik 12.4mm bersalut titanium dengan Audio Spatial 360°, pembatalan hingar aktif 30dB, pembatalan hingar Quad-Mic dan mod ultra-low latency 50ms.

Selain itu, realme Buds T300 ini juga memiliki cip Bluetooth 5.3, jangka hayat bateri sehingga 40 jam. Pengguna dengan mudah boleh mendengar muzik 5 jam sehari tanpa mengecas semula bekas selama seminggu. Ianya juga menyokong pengecasan pantas yang mana pengecasan selama 10 minit membolehkan pengguna mendengar muzik selama 7 jam. 

realme Buds T300 ini ditawarkan didalam dua warna iaitu Stylish Black dan Youth White dengan rekaan  ergonomik agar sesuai dengan bentuk telinga yang berbeza, memberikan pengguna pengalaman pemakaian yang selesa dan bebas sensasi.

Selain itu, realme Buds T300 juga kalis air dengan penarafan IP55 yang membolehkan pengguna  menikmati keseronokan permainan video dan bersukan di luar rumah. 

realme Buds T300 kini ditawarkan pada harga RM 199 yang boleh dibeli di realme Brand Stores, wakil pengedar raami dan stor rasmi realme di Lazada, Shopee dan TikTok

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.