Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme sahkan pelancaran telefon pintar dengan zoom periskop – sempat perli Apple

Selepas melancarkan realme X3 SuperZoom pada Mei 2020, realme tidak melancarkan telefon pintar dengan sensor periskop zoom mahupun sensor telefoto.

Walaubagaimanapun, realme telah memberikan pengesahan bahawa ianya akan memperkenalkan satu  model baharu yang akan memiliki sensor periskop.

Imej yang dimuatnaik akaun X memaparkan sebuah telefon pintar realme yang memiliki tiga unit kamera iaitu sensor utama bersama sensor ultrawide dan satu sensor periskop.

Selain itu, realme juga ambil kesempatan untuk memperlekehkan Apple yang baru sahaja melancarkan iPhone pertama mereka dengan sensor periskop iaitu iPhone 15 Pro Max.

Walaupun tidak mengesahkan secara rasmi identiti telefon pintar realme ini, ianya dikatakan sebagai realme GT 5 Pro yang akan turut tampil dengan cip Snapdragon 8 Gen 3.

  sumber 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.