Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X40 GT Racing Edition akan dilancarkan pada 21 September ini

Honor X40 GT Racing Edition akan dilancarkan pada 21 September ini 1

Honor X40 GT Racing Edition akan dilancarkan pada 21 September ini 2

Honor secara rasminya telah mengesahkan bahawa Honor X40 GT Racing Edition akan dilancarkan pada 21 September ini.

Honor X40 GT Racing Edition ini dijangka akan tampil spesifikasi dalaman yang sama seperti X40 GT biasa yang telah dilancarkan pada October tahun lalu.

Honor X40 GT Racing Edition ini dijangka hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.81-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 144Hz.

Selain itu, cip Snapdragon 888 pada Honor X40 GT ini dipadankan dengan 12GB RAM dan  storan dalaman iaitu 512GB. Terdapat juga pad penyejukan grafit 8 lapisan

Beralih kepada bahagian kamera, Honor X40 GT Racing Edition ini dijangka akan memiliki sensor utama 50MP bersama sensor depth 2MP dan kamera selfie 16MP.

Ke bahagian bateri pula, telefon pintar ini memiliki sel berkapasiti 4,800mAh dengan pengecasan pantas 66W.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.