Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Snapdragon diumukan sebagai penaja rasmi kelab bola sepak Manchester Uniter bermula musim 2024/2025

Kelab bola sepak terkemuka dunia iaitu Manchester United telah mengumumkan perjanjian yang akan menyaksikan logo dan jenama Snapdragon dipaparan pada jersi pasukan lelaki dan wanita bermula dari musim 2024/2025.

Jenama Snapdragon bukan lah sesuatu yang asing bagi pengguna telefon pintar kerana ianya adalah cipset yang digunakan pada kebanyakkan telefon pintar Android.

Selain itu, Qualcomm sudah pun menjadi rakan kongsi global Manchester United, mempromosikan jenama Snapdragonnya. Pemproses Snapdragon menjanakan produk premium daripada jenama terbesar dunia merentas telefon pintar, PC, cermin mata realiti maya, peranti permainan, wearable dan kereta.

Logo Snapdragon akan dipaparkan pada jersi merah  ikonik Manchester United bersama-sama dengan jersi tempat lawan dan jersi ketiga pasukan lelaki dan wanita.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.