Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate X5 dilancarkan secara rasmi – mungkin guna cip Kirin 9000S

HUAWEI secara rasminya telah melancarkan telefon pintar foldable terbaru syarikat ini iaitu HUAWEI Mate X5 dan ianya turut diumumkan seperti Mate 60 Series tanpa sebarang majlis pelancaran bergaya.

HUAWEI Mate X5 dilihat hadir dengan rekaan yang sama seperti Mate X3 dengan perbezaan yang minima.

Huawei Mate X5

HUAWEI Mate X5 memiliki dua skrin paparan 120Hz iaitu cover screen OLED LTPO berukuran 6.4-inci dengan resolusi 2504×1080 piksel dan aspek nisbah 20:9:9. Panel skrin ini juga dilapisi gelas keselamatan Kunlun Glass. Panel utama adalah skrin 7.85-inci dengan resolusi 2496×2224 piksel dengan kadar segar semula 1-120Hz.

HUAWEI Mate X5 mempunyai engsel baharu yang menutup skrin lipat ini seperti buku dan HUAWEI mendakwa tiada sebarang lekukan jelas pada panel skrin lipat ini.

Dari segi dalaman, HUAWEI tidak mendedahkan jenis cipset yang digunakan pada Mate X5 namun ianya dijangka adalah cip Kirin 9000S seperti pada Mate 60 Series, 12GB/16GB RAM, storan dalaman sehingga 1TB, Harmony OS 4.0 dan sistem perhubungan komunikasi satelite.

Seterusnya mengenai kamera, Mate X5 hadir dengan sistem kamera XMAGE yang terdiri daripada sensor utama 50MP f/1.8, sensor ultrawide 13MP f/2.2 dan sensor telefoto 5x 12MP f/3.4. Mate X3 juga memiliki dua sensor selfie 8MP.

Dalam pada itu, HUAWEI Mate X5 juga memiliki bateri berkapasiti 4,800mAh dengan pengecasan pantas 66W dan pengecasan tanpa wayar 50W, sensor capjari pada sisi dan mungkin turut menawarkan sokongan 5G.

Harga jualan HUAWEI Mate X5 masih belum diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.