Google Pixel 8 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 4 Oktober 2023
Selepas Apple mengumumkan tarikh pelancaran iPhone 15 Series, Google juga telah tampil untuk mengesahkan tarikh pelancaran produk mereka.
Google Pixel 8 Series telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi pada 4 Oktober dan pelancaran ini juga akan menyaksikan syarikat ini memperkenalkan Pixel Watch 2.
Menariknya, Google seolah olah mahu meningkatkan keterujaan pelancaran ini dengan mempamerkan Google Pixel 8 Pro pada stor online mereka.
Menyentuh sedikit mengenai spesifikasi Google Pixel 8 Pro ini, Ianya dikatakan akan hadir dengan skrin paparan 120 Hz QHD+ LTPO OLED berukuran 6.7-inci, cipset Sensor G3, 12GB RAM, storan dalaman 128GB atau 256GB dan sensor capjari ultrasonik serta Android 14.
Pada bahagian belakang, ianya akan memilik tetapan tri-kamera iaitu sensor utama 50MP OIS, sensor ultrawide 64MP dan sensor telefoto 48MP. Kamera selfie adalah 11MP dan ianya juga akan memiliki bateri berkapasiti 4,950mAh dengan pengecasan pantas 27W.
Dalam pada itu, Pixel 8 Pro pula akan memiliki cipset Tensor G3 yang sama, Android 14, kamera selfie 11MP, pilihan storan dalaman dan sensor capjari.
Ianya juga akan tampil dengan skrin OLED berukuran 6.17-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz, sistem dual kamera 50MP + 12MP ultrawide dan bateri 4,485mAh dengan pengecasan pantas 24W + 12W pengecasan tanpa wayar.
Akhir sekali, Google juga mungkin akan mengumumkan bahawa Pixel 8 Series akan menerima 5 kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan berkala.