Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 15 Series akan dilancar secara rasmi pada 12 September ini

Apple iPhone 15

Apple secara rasminya telah mengesahkan bahawa majlis pelancaran Apple yang akan menyaksikan pelancaran Apple iPhone Series akan berlangsung pada 12 September ini.

Majlis pelancaran Apple ini akan menyaksikan Apple memperkenalkan generasi baharu iPhone dan ianya akan terdiri daripada 4 model iaitu iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max. Ianya boleh disaksikan secara langsung di apple.com dan Apple TV.

Selain itu, kesemua model iPhone 15 ini dijangka akan tampil dengan port USB-C manakala iPhone 15 Pro Max akan mencuri tumpuan sebagai iPhone pertama untuk menampilkan sensor periskop zoom.

Lebih-lebih lagi, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max juga akan menampilkan penggunaan kerangka titanium dan butang action yang menggantikan butang mute. Semua model juga akan menampilkan Dynamic Island.

Selain iPhone 15 Series, Apple mungkin memperkenalkan generasi baharu Apple AirPods, Apple Watch Series 9 dan Apple Watch Ultra 2.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.