Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Pad 2 kini rasmi di Malaysia dengan skrin paparan 2K dan cip Helio G99

Selain dua model didalam keluarga realme 11 5G, realme juga telah memperkenalkan tablet terbaru syarikat ini di Malaysia iaitu realme Pad 2.

realme Pad 2 hadir dengan skrin paparan 10-bit (1 bilion warna) 11.5-inci dengan resolusi 2K dengan kadar segar semula 120Hz dan ianya turut disertakan dengan O1 Ultra Vision Engine. Paparan ini juga membawakan ciri DC dimming dan kecerahan maksima 450nits.

Selain itu, realme Pad 2 juga akan memiliki modul kamera yang menempatkan satu sensor 8MP dan terdapat juga pembesar suara (2×2 pada sisi kanan dan kiri apabila dipegang pada mod landskap). kamera hadapan adalah 5MP untuk panggilan video.

Selain itu, realme Pad 2 juga akan dikuasakan cip Helio G99 yang menyokong rangkaian LTE, sehingga 16GB RAM, storan dalaman 256GB, bateri 8,630mAh dengan pengecasan 33W SUPERVOOC dan realme UI 4.0 for Pad.

realme Pad 2 dijangka akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Green dan Grey pada harga RM 1,299 bagi versi 6/128GB dan RM 1,499 bagi versi 8/256GB.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.