Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus Vivobook dengan kerjasama jenama fesyen BAPE akan dilancarkan pada 17 Ogos

Asus secara rasminya telah mengesahkan bahawa ia akan memperkenalkan komputer riba pertama yang direka bentuk dengan kerjasama jenama pakaian jalanan legenda, A BATHING APE® (BAPE®)!

Majlis pelancaran komputer riba Asus Vivobook x A BATHING APE® (BAPE®)! ini akan berlangsung pada 17 Ogos ini bermula jam 11 malam waktu Malaysia dan boleh ditonton secara langsung di ASUS YouTube dan Facebook Asus Malaysia.

Menyentuh sedikit mengenai asal usul BAPE®, Ianyaditubuhkan di Harajuku, Jepun pada tahun 1993, A BATHING APE® (BAPE®) telah berkhidmat sebagai simbol fesyen jalanan Jepun selama lebih daripada 30 tahun. Berusaha untuk memperkenalkan budaya fesyen Jepun kepada dunia, BAPE® telah mengukuhkan satu siri motif ikonik, corak asli dan watak seperti  “APE HEAD,” “BAPE® CAMO,” “BABY MILO®,” dan banyak lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.