Perkhidmatan Internet Satelit Starlink kini di Malaysia – RM 220 sebulan

Penyedia perkhidmatan Internet satelit iaitu Starlink telah mengumumkan penawaranya di Malaysia dan tempahan bagi pembelian perkakasan untuk menggunakanya kini telah dibuka melalui laman rasmi Starlink.
Pelancaran Starlink di Malaysia menjadikanya sebagai negara ke-60 untuk menawarkan perkhidmatan internet yang berasaskan satelite ini.
Bagi yang berminat, Starlink menawarkan dua pilihan perkakas yang harus dibeli untuk anda menggunakan internet satelit ini iaitu Standard yang sesuai untuk kediaman dan High Performance yang masing-masing ditawarkan pada harga RM 2,300 dan RM 11,613.
Selain itu, Starlink juga menawarkan tempoh percubaan selama 30 hari dimana jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan ini, anda boleh membuat pemulangan semula tanpa sebarang caj.
Berdasarkan maklumat yang diberikan, anda boleh menikmati kelajuan muat turun sekitar 100mbps dan Starlink hanya menawarkan satu pelan pada harga RM 220 sebulan.
maklumat lanjut di : Starlink