Apple mulakan pembangunan iPhone “0-Bezel”
Apple dilaporkan sedang membangunkan teknologi skrin yang menyaksikan iPhone “0-bezel” menjadi realiti didalam masa beberapa tahun lagi.
Menurut sumber, Apple telah meminta pembekal utama skrin iPhone iaitu Samsung Display dan LG Display untuk membangunkna skrin paparan OLED tanpa sebarang bezel selain turut memperkenalkan teknologi kamera dibawah panel (UPC).
Ini akan menjadikan paparan hadapan bebas tanpa sebarang bezel dan kelihatan seperti sekeping gelas.
Selain itu, Apple juga sedang membangunkan teknologi unibodi yang berasaskan kaca yang mungkin menjadikan iPhone pada masa akan datang adalah 100% diperbuat daripada kaca.