Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 90 dilengkapi teknologi Risk Free Dimming Eye Protection pertama didunia

Honor 90 Malaysia

Honor 90 Malaysia

HONOR telah  mendedahkan bahawa HONOR 90  adalah telefon pintar pertama didunia dengan paparan yang memiliki teknologi Risk Free Dimming Eye Protection.

Menurut standard IEEE Std 1789-2015, tahap bebas kerdipan adalah apabila frekuensi pemalapan lebih tinggi daripada 3125Hz, namun frekuensi yang dimiliki skrin HONOR 90 adalah  PWM 3840Hz iaitu jauh melebihi standard yang ditetapkan dan diiktiraf oleh Pensijilan TÜV Rheinland Flicker-free sekaligus menjadikannya peneraju industri dalam era pemalapan tanpa risiko.

HONOR 90 – Perlindungan Mata dengan Pengaturan Cahaya Tanpa Risiko

Pengeluar telefon pintar kini sering fokus untuk mencapai resolusi, kadar segar semula dan tahap kecerahan yang lebih tinggi pada skrin.

Bagaimanapun, usaha itu membuat mereka mengabaikan risiko kesihatan mata jika terdedah pada skrin terlalu lama.

Ketika pengguna seronok menikmati pemadangan skrin OLED berdefinisi tinggi, mereka tidak sedar tentang kesan negatif kepada mata.

Dalam video eksperimen yang didedahkan HONOR, 102 unit OLED telefon pintar daripada pelbagai jenama dikumpul serentak untuk pemerhatian. Berdasarkan video itu, masalah kerdipan skrin OLED sangat serius ketika suasana gelap dan cahaya rendah.

Kerdipan ini sangat bahaya kepada mata. Hampir setiap skrin mempunyai masalah kerdipan dan tidak disangkal pengguna menghadapi masalah ini setiap hari.

 Kerdipan berfrekuensi rendah ini memberi kesan negatif dan boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan mata termasuk gangguan penglihatan, ketegangan mata, keletihan, dan kabur.

Paparan Risk Free Dimming Eye Protection yang digunakan pada HONOR 90 ini dilengkapi dengan Pemalapan PWM 3840Hz Berfrekuensi Ultra Tinggi mampu menyelesaikan masalah ketepatan warna pemalapan DC ketika cahaya rendah, pada masa sama mengatasi masalah keletihan mata yang disebabkan oleh pemalapan PWM berfrekuensi rendah.

HONOR – Merintis keselamatan mata di atas dan di luar imaginasi

HONOR sentiasa menjadi peneraju dalam pemalapan PWM berfrekuensi tinggi. Pada tahun 2016, HONOR telah membangunkan makmal cahaya, fokus kepada usaha mengoptimumkan teknologi paparan dan mengurangkan impak cahaya skrin kepada pengguna. Pada tahun berikutnya, HONOR terus melakukan inovasi, dengan peranti seperti HONOR 50, HONOR Magic4 Pro dan HONOR Magic5 Pro yang menggabungkan pemalapan PWM frekuensi tinggi. HONOR 90 adalah kemuncak usaha berterusan untuk perlindungan mata, kerana ia memperkenalkan teknologi Perlingdungan Mata dengan Pengaturan Cahaya Tanpa Risiko 3840Hz serta memperoleh pengiktirafan sijil TÜV Rheinland Flicker-free yang berprestij.

 HONOR bertanggungjawab dalam menangani kebimbangan kesihatan mata pengguna dan telah mencipta penyelesaian skrin telefon pintar paling canggih dengan menggabungkan keupayaan perkakasan dan algoritma perlindungan mata yang dikuasakan AI.

HONOR juga kekal komited untuk membangunkan penyelesaian perlindungan mata yang mengurangkan keletihan mata semasa penggunaan telefon mudah alih yang berpanjangan, memastikan penghasilan produk terbaik untuk pengguna.

Honor 90 dilengkapi teknologi Risk Free Dimming Eye Protection pertama didunia 1

Nantikan Pelancaran Siri HONOR 90 di Malaysia

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan pelancaran Honor 90 Series pada 20 Julai ini bermula jam 8 malam dan saksikan pelancaran HONOR 90 – hanya di Facebook HONOR Malaysia.

Maklumat lanjut tentang siri HONOR 90, sila layari  https://bit.ly/HONOR90SeriesPR .

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.