Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi 12 kini rasmi di Malaysia dengan skrin 90Hz dan cip Helio G88 – harga RM 599

Xiaomi Redmi 12 kini rasmi di Malaysia dengan skrin 90Hz dan cip Helio G88 - harga RM 599 1

Xiaomi Redmi 12 kini rasmi di Malaysia dengan skrin 90Hz dan cip Helio G88 - harga RM 599 2

Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan Redmi 12 di Malaysia pada harga dari RM 599 sahaja.

Redmi 12 hadir dengan skrin paparan berukuran 6.79-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz, sensor utama 50MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan kamera selfie 8MP.

Selain itu, Redmi 12 juga dijana cip MediaTek G88, 4GB/8GB RAM dan storan dalaman 128/256GB.

Xiaomi Redmi 12 kini rasmi di Malaysia dengan skrin 90Hz dan cip Helio G88 - harga RM 599 3

Selain itu, Redmi 12 turut memiliki bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 18W, antaramuka MIUI 14 yang berasaskan Android 13, sensor capjari pada butang kuasa, bicu audio 3.5mm dan penarafan IP53.

Redmi 12 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Midnight Black, Sky Blue dan Polar Silver bermula 15 Julai ini pada harga RM 599 bagi versi 4/128GB dan RM 699 bagi versi 8/256GB melalui stor rasmi XiaomiLazada dan Shopee.

Dalam pada itu, Xiaomi juga telah mengumumkan harga istimewa pembelian terawal pada 15 Julai ini iaitu RM 499 sahaja bagi versi 4/128GB sementara stok masih ada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.