Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : HUAWEI nova 11 Pro – Midrange Premium dengan teknologi selfie terbaik dan Kunlun Glass

HUAWEI nova 11 Pro MalaysiaPengenalan

Susulan pelancaran HUAWEI P60 Series yang telah menerima sambutan luar biasa dikalangan pengguna Malaysia, HUAWEI kini telah beralih kepada penawaran telefon pintar kelas midrange HUAWEI nova 11 Series.

HUAWEI nova 11 Series adalah telefon pintar yang dilancarkan untuk memenuhi keperluan pengguna nova yang pelbagai dengan menggabungkan teknologi inovatif dan menyampaikan pengalaman pengguna yang lancar merentasi semua aspek kehidupan.

Selain itu, HUAWEI nova 11 Series juga dikategorikan sebagai sebuah telefon pintar dengan ciri potret terbaik terutamanya pada HUAWEI nova 11 Pro yang tampil dengan sensor kamera selfie 60MP dengan teknologi XD Portrait yang membuat penampilan pertama pada telefon pintar HUAWEI.

Seterusnya, HUAWEI nova 11 Pro juga memberikan pengguna rekaan yang lebih premium dan ekosistem HUAWEI Mobile Services yang semakin menyeluruh.

Tanpa melengahkan masa, berikut adalah ulasan HUAWEI nova 11 Pro yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,599.

Reka Bentuk

HUAWEI nova 11 Pro menampilkan rekaan Monogram Vegan Leather yang pertama kali digunakan pada telefon pintar nova Series dan ianya diperbuat daripada kulit vegan berkualiti tinggi yang terpilih dan tahan lasak . Pada masa yang sama, logo monogram nova klasik juga dicetak pada panel belakang melalui kaedah terbaik didalam industri yang turut memastikanya tampil kemas dan bebas daripada kesan capjari sepanjang masa.

Selain itu, HUAWEI nova 11 Pro tampil didalam dua warna iaitu Green dan Black yang sentiasa padan dengan apa jua tema pakaian anda.

Dalam pada itu, modul kamera Super Star Orbit Ring ini memiliki gelung berwarna emas pada nova 11 Pro warna Black manakala pada warna Green ianya tampil sama dengan warna panel belakang iaitu hijau.

Seterusnya, panel HUAWEI nova 11 Pro juga melengkung pada bahagian tepi dan ianya saling melengkapi dengan panel skrin hadapan yang turut melengkung pada sisi yang ianya memberikan anda ‘grip’ yang lebih kukuh ketika menggunakan telefon pintar.

Bercakap mengenai posisi butang, nova 11 Pro memiliki butang kuasa dan kelantangan suara pada sisi kanan yang mana ini juga bermaksud tiada sebarang butang pada sisi kiri. Pada bahagian sisi bawah, terdapat gril pembesar suara, slot SIM dan port pengecasan USB-C.

Lebih-lebih lagi, nova 11 Pro ini tampil dengan reka bentuk yang sangat nipis dan ringan iaitu dengan ketebalan peranti 7.88mm dan berat sekitar 188gram sahaja.

Akhir sekali, HUAWEI juga telah mewariskan teknologi lapisan gelas keselamatan Kunlun Glass kepada nova 11 Pro selepas ianya ditawarkan pada HUAWEI Mate50 Series dan HUAWEI P60 Series sahaja sebelum ini.

Lebih lanjut dengan Kunlun Glass dan teknologi skrin paparan di bahagian seterusnya.

Skrin Paparan

HUAWEI nova 11 Pro menampilkan skrin paparan Flawless OLED Curved FHD+ berukuran 6.78-inci dengan kepadatan piksel 429ppi. Ianya turut menampilkan teknologi skrin Display Turbo buat pertama kali pada telefon pintar HUAWEI.

Teknologi Display Turbo membolehkan pengguna menikmati pengalaman paparan terbaik dari segi warna, julat dinamik, kelancaran dan definisi.

Selain itu, panel ini juga menyokong kandungan kandungan HDR, kadar segar semula 120Hz, 1440Hz PWM Dimming dan liputan gamut warna P3 yang memberikan ilustrasi dunia sebenar yang lebih tepat dan berwarna-warni sama ada ketika menonton video atau bermain permainan video.

Hasilnya, pengguna dapat menikmati pengalaman visual setaraf kelas flagship pada peranti yang lebih berpatutan seperti nova 11 Pro dan ianya turut disertakan dengan teknologi Kunlun Glass.

Penggunaan Kunlun Glass pada nova 11 Pro sudah pasti sesuatu yang positif buat pengguna kerana teknologi gelas tahan lasak ini kebiasaanya hanya ditawarkan pada peranti flagship HUAWEI.

Penggunaan Kunlun Glass pada telefon pintar nova 11 Pro bermaksud ianya memiliki lapisan gelas keselamatan yang terbaik dipasaran dan ianya adalah 10 kali ganda lebih tahan lasak berbanding gelas keselamatan lain dipasaran yang turut telah membolehkan panel gelas ini menerima penarafan 5 bintang daripada SGS Switzerland.

Dalam pada itu, proses menghasilkan sekeping gelas Kunlun melibatkan pertumbuhan nanokristal pada suhu tinggi selama 24 jam, pemprosesan bahan matriks mikro-kristal 108 langkah, dan peleburan platinum darjah pada suhu 1600° celsius.

Secara keseluruhanya, rekaan HUAWEI nova 11 Pro adalah setaraf telefon pintar kelas premium terbaik diluar sana khususnya dengan penggunaan panel belakang kulit vegan dan chasis aluminium.

Pemproses

HUAWEI nova 11 Pro dilengkapi cip Snapdragon 778 4G yang merupakan sebuah cip kelas pertengahan dengan kuasa pemprosesan yang memuaskan.Bagi pasaran Malaysia, nova 11 Pro disertakan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Cip Snapdragon 778 4G daripada Qualcomm terbukit sebagai antara cipset kelas midrange yang mampu menawarkan prestasi yang baik namun masih mengekalkan tahap penggunaan tenaga yang sangat cekap.

Selain itu, HUAWEI nova 11 Pro juga dilengkapi antaramuka EMUI 13 bersama ekosistem HUAWEI Mobile Services (HMS) yang telah terbukti sebagai satu alternatif terbaik kepada pengguna yang mahu menikmati perkhidmatan setaraf Google Mobile Services.

Tidak setakat itu, EMUI 13 juga tampil dengan beberapa ciri baharu seperti SuperHub yang membolehkan anda mengumpulkan teks dan imej daripada beberapa aplikasi pada SuperHub yang kemudian boleh digunakan pada  aplikasi yang anda mahu dengan mudah. Ciri lain yang wajar diberikan pujian adalah SuperDevice, pengumpulan Service Widget yang memberikan anda home screen yang lebih kemas dan banyak lagi.

Lebih-lebih lagi, tunjang kepada kejayaan HMS adalah aplikasi stor ketiga terbesar didunia iaitu HUAWEI AppGallery yang kini menawarkan barisan aplikasi popular didalam dan luar negara.

Seterusnya , anda juga boleh memuatnaik aplikasi berkait Google seperti YouTube, GMail, Google Drive dan banyak lagi secara terus melalui stor aplikasi HUAWEI AppGallery tanpa sebarang kerumitan. Anda juga tidak perlu risau tentang isu keselamatan data dan privasi yang dikongsi kerana stor ini sentiasa mengimbas setiap aplikasi yang dimuatnaik oleh pengguna.

Selain itu, antara aplikasi popular yang kini tersedia secara rasmi pada HUAWEI AppGallery adalah Instagram, Facebook, WhatsApp , Twitter, Touch ‘n Go eWallet, Maybank2u, CIMB Clicks Malaysia, RHB Mobile dan banyak lagi.

Seterusnya, HUAWEI AppGallery juga memberikan jaminan perlindungan maklumat sulit pengguna dengan melakukan imbasan keselamatan selepas sesuatu aplikasi dimuat naik pada peranti HUAWEI 

Berikut adalah cara melakukan imbasan keselamatan :

Pergi ke AppGallery > Saya > Pemeriksaan Keselamatan > Imbas

Ciri Semakan Keselamatan ini juga termasuk pengesanan virus, penipuan, perlindungan privasi, semakan spam dan petua keselamatan yang boleh dilakukan dengan satu langkah mudah.

Secara keseluruhanya, potensi telefon pintar HUAWEI untuk menawarkan sokongan setaraf GMS adalah tidak terbatas namun masih terdapat ruang untuk syarikat ini membaiki lagi ekosistem HMS.

Kamera

HUAWEI nova 11 Pro menampilkan konfigurasi kamera yang boleh dikatakan memenuhi keperluan fotografi pengguna pada semua aspek yang termasuk kategori selfie.

Pada bahagian belakang, HUAWEI nova 11 Pro menampilkan satu sensor utama 50MP Ultra Vision dengan aperture f/1.9 dan teknologi pemfokusan QPD Full-Pixel Precise Focus dan sensor ultrawide 8MP f/2.2 yang turur menyokong fotografi makro pada jarak sedekat 2cm sahaja.

Walaupun tidak menggunakan kombinasi kamera yang terbaik daripada syarikat ini, nova 11 Pro masih mampu memberikan hasil gambar yang terbaik untuk anda namun ketiadaan OIS sedikit sebanyak menyukarkan pengguna untuk mendapat hasil gambar yang sempurna tanpa sebarang kekaburan.

Kami juga amat kagum dengan mod malam nova 11 Pro yang ternyata mampu memberikan hasil gambar yang sempurna dan tidak kelihatan ‘fake’.

Beralih kepada bahagian kamera selfie pula, nova 11 Pro boleh dikatakan sebagai telefon pintar dengan sistem kamera selfie terbaik dipasaran dengan penggunaan  sensor selfie 60MP yang memiliki pemfokusan auto Full-Pixel Precise Focus dan 100° FoV. Ini ternyata mampu memberikan anda hasil gambar selfie terbaik dipasaran.

Apa yang memisahkan sensor selfie nova 11 Pro dengan telefon pintar ‘pro-selfie’ lain dipasaran adalah teknologi XD Portrait yang digunakan buat kali pertama memberikan anda hasil selfie yang tiada tandingan.

Berikut adalah hasil gambar kamera selfie milik HUAWEI nova 11 Pro :

Selain itu, sensor selfie 60MP ini juga dipadankan bersama sensor 8MP yang menawarkan anda zoom optik 2x dan zoom digital sehingga 5x. Walaupun agak pelik untuk melihat penawaran zoom pada kamera hadapan, ini memberikan pengguna satu lagi dimensi selfie yang boleh digunakan untuk mengambil gambar potret yang lebih dekat.

Berikut adalah basil gambar dari HUAWEI nova 11 Pro :

Bateri

HUAWEI nova 11 Pro memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh yang boleh dikatakan sedikit kurang berbanding kapasiti standard dipasaran iaitu 5,000mAh.

Walaubagaimanapun, HUAWEI menebus kekurangan ini dengan menawarkan pengecasan pantas yang  boleh dikatakan antara yang terpantas dipasaran. nova 11 Pro menampilkan pengecasan pantas 100W HUAWEI SuperCharge Turbo yang mampu mengecas ke tahap 60% didalam masa 10 minit atau mencapai kapasiti penuh didalam masa 20 minit sahaja.

Selain itu, HUAWEI nova 11 Pro juga disertakan dengan ciri yang memberikan 50% pengecasan didalam masa 15 minit ketika peranti aktif digunakan namun ianya mungkin berbeza mengikut apa yang anda lakukan pada peranti.

Selain pengecasan berwayar, nova 11 Pro tidak membawakan sokongan pengecasan tanpa wayar.

Penutup

HUAWEI nova 11 Pro adalah sebuah model terbaik yang pernah kita lihat pada nova Series dari pelbagai aspek yang termasuk penggunaan gelas Kunlun, teknologi fotografi XD Portrait, pengecasan 100W HUAWEI SuperCharge Turbo dan rekaan yang lebih premium.

Selain itu, akses mudah kepada aplikasi berkait Google seperti YouTube, GMail dan banyak lagi terus dari HUAWEI AppGallery juga akan menarik lebih banyak pengguna untuk beralih ke telefon pintar ini.

HUAWEI nova 11 Pro akan ditawarkan di Malaysia mulai 27 Julai pada harga RM 2,599 dengan promosi menarik yang membolehkan anda menerima HUAWEI Band 7 secara percuma.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.