Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad 11.5 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,499

HUAWEI juga telah melancarkan tablet HUAWEI MatePad 11.5 yang kini ditawarkan pada harga serendah dari RM 1,499.

MatePad 11.5 memiliki skrin paparan 11.5-inci dengan resolusi 2.2K dan sokongan kadar segar semula 120Hz, cip 4nm, 6/8GB RAM, storan dalaman 128Gb dan sistem operasi HarmonyOS.

Selain itu, HUAWEI MatePad 11.5 juga menawarkan aplikasi sokongan WPS Office setaraf pada komputer peribadi dan ianya turut menyokong HUAWEI M-Pencil dan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard. Tablet ini juga menawarkan ciri seperti SuperHub, SuperDevice dengan HarmonyOS dan Histen 8.0 quad-speaker.

Seterusnya, MatePad Air juga memiliki kamera 13MP dibahagian belakang manakala kamera hadapan adalah 8MP. Tablet ini juga memiliki bateri 7,700mAh.

Akhir sekali, HUAWEI MatePad 11.5 ini kini ditawarkan pada harga RM 1,499 bagi versi Wi-Fi (6/128GB) manakala versi LTE akan ditawarkan mulai bulan Ogos pada harga RM 1,699 (6/128GB).Pembelian semasa tempoh pra-tempahan (6 Julai hingga 21 Julai) akan menerima HUAWEI M-Pencil dan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard secara percuma.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.