Infinix NOTE 30 VIP kini rasmi dengan pengecasan pantas 68W dan pengecasan tanpa wayar 50W
Infinix secara rasmi telah memperkenalkan Infinix NOTE 30 VIP, satu lagi telefon pintar kelas pertengahan yang membawakan teknologi pengecasan tanpa wayar All-Round Fast Charge 50W bersama pengecasan berwayar 68W.
Ini membolehkan bateri 5,000mAh yang dimiliki Infinix NOTE 30 VIP mampu mencapai kadar pengecasan 50% didalam 30 minit sahaja dengan pengecasan tanpa wayar 50W manakala pengecasan berwayar 68W mampu memberikan 80% pengecasan didalam tempoh yang sama.
Selain itu, seperti Infinix NOTE 30 Pro, NOTE 30 VIP juga menyokong pengecasan bypass charging dan sistem penyejukan vapor chamber 2890mm².
Selain itu, bateri Infinix NOTE 30 VIP juga mampu mengekalkan 80% kapasiti selepas 1,000 pengecasan yang mampu mengekalkan ketahanan bateri pada tahap optimum untuk 3 tahun.
Seterusnya, Infinix NOTE 30 VIP juga memiliki skrin paparan AMOLED 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz, cip MediaTek Dimensity 8050, 12GB RAM, 256GB storan dalaman, pembesar suara stereo JBL, Z-axis vibration motor dan penarafan IP53.
Dalam pada itu, NOTE 30 VIP juha memiliki sensor utama 108MP bersama 2MP sensor depth dan 2MP sensor makro. Kamera selfie adalah 32MP.
Infinix NOTE 30 VIP akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Magic Black dan Glacier Blue pada harga $299 (RM 1,380).