Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo Y36 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 13 Jun ini

vivo Y36

vivo secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar entry-level vivo V36 akan dilancarkan di Malaysia pada 13 Jun ini.

Menariknya, vivo telah mengesahkan bahawa pasaran Malaysia akan menerima versi 5G yang akan dijana cip Dimensity 6020.

vivo Y36 5G akan memiliki skrin paparan LCD Ultra “Ultra O” berukuran 6.64-inci dengan resolusi FHD+, sensor utama 50MP bersama sensor depth 2MP, kamera selfie 16MP, 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 44W serta FuntouchOS 13 yang berasaskan Android 13.

Buat masa ini vivo tidak mendedahkan harga Y36 di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.