Samsung mula menjual peranti flagship diperbaharui dengan label Certified Re-Newed
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Samsung telah menerapkan operasi yang lebih mesra alam dengan penggunaan teknologi yang lebih mampan dan pembebasan CO² yang lebih rendah.
Langkah terbaru dalam inisiatif ‘Galaxy for the Planet’ adalah penawaran telefon pintar flagship Galaxy S22 Series dan Galaxy S21 Series yang diperbaharui dengan label ‘Certified Re-Newed’.
Telefon pintar ini akan melalui pemeriksaan 100-point untuk memastikan kualiti telefon pintar ini seperti baharu dan ianya akan turut diliputi jaminan waranti satu tahun.
Selain itu, telefon pintar Samsung Certified Re-Newed ini juga akan menerima penggantian bateri dan penukaran komponen lain jika diperlukan.
Seterusnya, peranti ini juga ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan iaitu sehingga 30% lebih rendah berbanding harga jualan sebenar.
Walaubagaimanapun, telefon pintar Samsung Certified Re-Newed ini hanya ditawarkan di tiga pasaran iaitu pasaran UK, Amerika Syarikat dan Perancis.