Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo S17 Series dilancarkan secara rasmi – harga serendah RM 1,616

 

vivo S17 Series

vivo secara rasminya telah melancarkan vivo S17 Series dipasaran China dan terdapat tiga model yang diperkenalkan iaitu vivo S17, vivo S17t dan vivo S17 Pro.

Kesemua model ini tampil dengan skrin paparan curved OLED 10-bit dengan resolusi FHD+ bersama kadar segar semula 120Hz dan bateri 4,600mAh bersama pengecasan pantas 80W.

vivo S17

Dalam pada itu, vivo S17 menampilkan penggunaan cipset Snapdragon 778G+ diikuti S17t yang menggunakan cip Dimensity 8050 manakala S17 Pro dikuasakan dengan cip Dimensity 8200. Kesemua model ini ditawarkan didalam  dua konfigurasi iaitu 8/12GB RAM dan storan dalaman 256/512GB.

vivo S17 Pro

Beralih ke kamera, vivo S17 Pro menampilkan pengguna sensor utama 50MP IMX766V f/1.88 yang memiliki OIS dan sensor potret 12MP yang memberikan 2x zoom optik manakala vivo S17 dan S17t pula menggunakan sensor 50MP dengan aperture f/2.0 dan OIS dan sensor ultrawide 8MP bersama flash LED.

Selain itu, vivo S17 dan S17 Pro juga memiliki kamera selfie 50MP dengan aperture f/2.0 dan pemfokusan auto serta dual soft LED flash.

Harga jualan vivo S17 Series di China adalah dari CNY 2,499 (RM 1,616) sehingga CNY 3,499 (RM 2,262).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.