vivo Y78 kini rasmi untuk pasaran global dengan cip Snapdragon 695
vivo secara rasminya telah memperkenalkan versi global vivo Y78 di pasaran negara jiran iaitu Singapura.
vivo Y78 ini tampil dengan skrin paparan 6.78-inci iaitu jenis AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan skrin FHD+. Ianya juga mempunyai sensor capjari dalam skrin.
Telefon pintar ini diperbuat daripada plastik namun mempunyai penarafan kalis air dan habuk IP54.
Telefon pintar ini memiliki sensor utama 64MP dengan OIS, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. kamera selfie adalah 16MP.
vivo Y78 ini dijana cip Snapdragon 695 yang merupakan cip entry-level dengan sokongan 5G bersama 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ianya juga disertakan dengan antaramuka FunTouch OS 13 yang berasaskan Android 13.
Seterusnya, vivo Y78 ini turut disertakan dengan bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 44W dan ianya akan ditawarkan didalam warna Dreamy Gold dan Flare Black.